...ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH...

REFLEKSI

Minggu 1

Tugasan pertama yang telah diamanahkan kepada kami ialah mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan enjin pencari bahan. Bahan-bahan tersebut boleh diperolehi dari laman web google dan seumpama dengannya. Antaranya termasuklah bahan-bahan sepperti audio, imej, web dan video. Proses untuk mendapatkan bahan tersebut juga telah dijelaskan kepada kami oleh pensyarah pembimbing bagi subjek ini iaitu Encik Mohd Firdaus Abd Salam. 

Seterusnya, bahan-bahan tersebut disimpan ke dalam folder katalog internet dan alamat internet. Setelah melaksanakan tugasan pertama ini, saya telah memperolehi satu pengetahuan baru tentang bagaimana menggunakan laman sesawang untuk mencari bahan-bahan pembelajaran dengan menggunakan enjin pencari. Saya berharap ilmu ini dapat diaplikasikan nanti bukan sahaja pada masa akan datang malah memudahkan saya untuk melaksanakan tugasan yang seterusnya. 


Minggu 2

Tugasan kedua yang telah diberikan kepada kami pada minggu ini ialah mencari bahan-bahan untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) Bahasa Melayu mengikut kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur (lisan), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. ketiga-tiga kemhiran tersebut diasingkan mengikut folder dan kemahiran. Bagi setiap kemahiran, kami diminta untuk menyediakan dua bahan yang berkaitan dan boleh digunakan sebagai BBM.

Pada awal proses mencari bahan ini, kami berdepan dengan masalah untuk menggunakan talian internet. Namun, perkara itu bukan penghalang bagi kami untuk menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak perkara yang saya tidak ketahui sebelum ini telah saya pelajari. Oleh itu saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada rakan-rakan yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan pensyarah pembimbing kami yang sentiasa memberi tunjuk ajar berkaitan tentang subjek ini.


Minggu 3

Tugasan pada minggu ketiga ini pula, kami telah diminta untuk mencari maklumat tentang kod etika penggunaan internet dan sistem hak cipta melalui laman sesawang. Setelah maklumat diperolehi, kami diminta untuk memindahkan maklumat tersebut ke dalam bentuk Power Point dan direka dalam bentuk brosur. Kami juga diberi bimbingan oleh pensyarah pembimbing bagaimana menyusun dan mengemaskini brosur yang baik.

Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, kami memperoleh pelbagai pengetahuan dan kemahiran baharu yang berasaskan komputer. Tugasan ini juga mendedahkan kepada diri saya dan rakan sekelas yang lain mengenai kepentingan sistem hak cipta dan kod etika penggunaan internet dalam memelihara hak cipta orang lain dan diri sendiri. Bukan itu sahaja, malah menambah kemahiran kami untuk mereka bentuk brosur dan garafik yang menarik.


Minggu 4

Tugasan minggu keempat, kami telah didedahkan ilmu dan kemahiran menggunakan aplikasi yang digunakan untuk mengedit video agar lebih menarik boleh digunakan untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Aplikasi yang digunakan ialah 'Wondershare' dan boleh dimuat turun dari laman sesawang atau internet. 

Tugasan yang telah diberikan kepada kami ialah memasukkan lirik ke dalam video lagu. Sepanjang melaksanakan tugasan tersebut kami dibimbing dan diberi tunjuk ajar menggunakan aplikasi tersebut oleh pensyarah pembimbing kami satu persatu. Walaupun aplikasi Movie Maker boleh digunakan dalam menyelesaikan tugasan ini, saya ingin menggunakan aplikasi ini untuk meneroka lebih banyak ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengannya.


Minggu 5

Tugasan berikutnya dalam minggu kelima ialah menyediakan pakej pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Kami telah diberi kebebasan untuk memilih apa sahaja tema atau tajuk pembelajaran yang digunakan dan sesuai untuk dijadikan bahan pembelajaran. Objektif pembelajaran juga diberi penekanan dalam menyediakan tugasan ini kerana ia memberi pengaruh terhadap aktiviti yang dilaksanakan serta sesuai dengan kemampuan murid yang diajar.

Sepanjang menyediakan pakej pembelajaran tersebut, kami telah dibimbing sepenuhnya oleh pensyarah pembimbing kami Encik Mohd Firdaus Abd Salam yang tidak pernah putus asa dalam memberi teguran, penambahbaikan dan idea yang bernas terhadap pakej yang kami sediakan. 




5 Ogos 2014 (Selasa)

Pada hari ini, kami telah mengadakan sesi amali membuat blog yang dikendalikan oleh rakan sekelas kami iaitu Puan Siti Ari Nadzriah Abd Rahman. Pensyarah pembimbing kami Encik Firdaus menyerahkan tugas tersebut kepada beliau kerana mempunyai kemahiran yang baik dalam membuat blok yang cantik dan menarik. Oleh itu, kemahiran tersebut dikongsi bersama dengan rakan sekelas yang lain.

Pelbagai dapatan yang telah kami perolehi sepanjang sesi amali tersebut dilaksanakan. Kami juga tidak melepaskan peluang pada hari tersebut untuk membuat sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan proses membuat blog menggunakan pelbagai aplikasi yang menarik. Bagi diri saya sendiri, ini merupakan pengalaman yang pertama untuk saya dalam menceburi bidang yang berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat lebih-lebih lagi proses membuat blog.


12 Ogos 2014 (Selasa)

Pada hari ini, sesi amali diteruskan dengan mendedahkan kepada semua rakan sekelas saya mengenai penggunaan aplikasi online Pizap. Aplikasi ini hanya boleh digunakan secara online sahaja. Pensyarah pembimbing kami Encik Firdaus telah memberi kepercayaan kepada saya untuk meneruskan sesi ini agar dapat dikongsi bersama rakan sekelas yang lain. Saya juga turut dibantu oleh Irfidah bagi melicinkan lagi sesi amali pada hari tersebut.

Sepanjang Melaksanakan sesi tersebut, saya amat berharap agar rakan-rakan boleh mengikuti dan memahami apa yang telah saya kongsikan. Aplikasi tersebut amat mudah digunakan dan memerlukan kemahiran meneroka sendiri kerana terdapat pelbagai aplikasi yang terdapat di dalamnya. Selain itu, penggunaan Pizap ini juga sentiasa "update" dari semasa ke semasa di mana setiap aplikasi yang terdapat di dalamnya akan bertambah dan lebih banyak pilihan yang menarik.



1 ulasan: