...ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH...

MINGGU 2

Kemahiran Membaca


Objektif 1 : Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat majmuk yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Kebun atuk

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan (teks) ini merupakan cerita tentang ‘Kebun Atuk’. Cerita ini mengandungi pelbagai perkataan dan ayat yang merupakan ayat majmuk, perkataan vokal berganding dan konsonan bergabung. Guru boleh menyebut perkataan tersebut berdasarkan cerita yang dibaca.
Ayat majmuk :
Vokal berganding    :
Konsonan bergabung     :
Saya suka makan buah durian dan mangga

buah, durian, keluarga,

Rambutan, kampung
Bahan :
Hari ini saya dan keluarga balik kampung. Saya ingin berjumpa dengan atuk. Atuk ada kebun. Di kebun atuk banyak pokok buah-buahan. Saya suka makan buah durian. Adik suka makan buah tembikai. Ayah dan emak suka makan buah manggis. Kami suka makan buah-buahan di kebun atuk.


                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Hari Keluarga

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan (teks) ini merupakan cerita tentang ‘Hari Keluarga’. Cerita ini mengandungi pelbagai perkataan dan ayat yang merupakan ayat majmuk, frasa perkataan dan diftong. Guru boleh menyebut perkataan tersebut berdasarkan cerita yang dibaca.
Ayat Majmuk :
Frasa              :
Perkataan diftong           :
Mak Usu membawa buah tembikai dan buah rambai
Buah tembikai

salai, rambai, limau
Bahan dan Sumber :
Hari ini hari keluarga. Pelbagai makanan disediakan. Tempat makan juga diatur. Emak Adam membawa semangkuk gulai. Mak Usu membawa buah tembikai dan buah rambai. Suasana Hari Keluarga sungguh meriah.

Saudara mara telah selesai makan. Lauk sudah tiada di atas meja. Ikan salai sudah habis dimakan. Air limau telah habis diminum. Buah rambai masih ada di dalam raga. Saudara mara Adam sangat gembira.


Objektif 2 : Membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan intonasi yang betul.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Cuci Tangan Dahulu

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan (teks) yang mempunyai dialog ini merupakan teks yang mengandungi jenis-jenis ayat yang membolehkan murid membaca dengan lancar, berjeda, jelas, mengikut tanda baca dan intonasi yang betul. Contohnya dialog.
Bahan
Ibu mengajak Siti dan adiknya minum petang. “Siti, adik d mana?” Tanya ibu. “Adik di dalam bilik. Ibu, hendak saya panggilkan adik?”
“Ya, ajak adik makan tengah hari. Cuci tangan dahulu,” kata ibu.
Siti pun mengajak adiknya mencuci tangan. Siti mengajar adik mencuci tangan dengan betul. Mereka mencuci tangan agar bersih. Ibu Siti gembira apabila melihat mereka mencuci tangan dengan betul.



                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Sahabat Yang Baik
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan (teks) yang mempunyai dialog ini merupakan teks yang mengandungi jenis-jenis ayat yang membolehkan murid membaca dengan lancar, berjeda, jelas, mengikut tanda baca dan intonasi yang betul. Contohnya dialog.
Bahan
Malim  :  Mengapa kamu bermuram saja, Azma ?
Azma   :  Duit saya sebanyak lima ringgit telah hilang Malim.
Malim  :  Macam mana boleh hilang?
Azma   :  Saya letakkan dalam beg.
Malim  :  Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan
               dalam beg. Baik kita jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh  
              membantu kita.
Azma  :  Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat
              kawan   macam  kamu.


Objektif 3 : Membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan serta menyatakan urutan dengan betul.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Bersenam untuk sihat
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan (teks) ini membolehkan murid untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan selepas membaca dan memahami teks yang diberi.

Bahan
Kita mesti mengamalkan gaya hidup sihat. oleh itu, kita mesti menjaga kebersihan diri. Amalan ini menjadikan diri kita sihat. kita juga mesti bersenam supaya badan kita cergas. badan yang menyebabkan hidup kita ceria. Selain itu, kita juga mesti menjalani pemeriksaan kesihatan. kita akan mengetahui sama ada kita sihat atau tidak. Di samping itu, kita mesti makan makanan yang seimbang. Badan kita akan memperoleh semua zat yang diperlukan. Kita juga mesti menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal. Tindakan ini menjadikan diri kita sihat dan hidup kita sejahtera. Kesimpulannya, kita akan mendapat faedah yang banyak jika kita mengamalkan gaya hidup sihat.




                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Cara membuat gelang manik
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan ini dapat membolehkan murid dapat menyatakan maklumat mengikut urutan yang betul.

Bahan
1. Sediakan bahan-bahan seperti gunting, manik dan benang getah.
2. Masukkan manik ke dalam benang getah mengikut warna yang disukai.
3. Pastikan manik dimasukkan sehingga panjangnya sesuai dengan pergelangan tangan.
4.Ikat atau simpulkan benang getah dengan kuat.
5. Gelang sedia untuk dipakai.


Objektif 4 : Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik bertujuan menyatakan maksud untuk memindahkan maklumat dengan betul.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Keluarga saya
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan grafik ini merupakan gambar rajah yang menunjukkan salasilah perkembangan sebuah keluarga. Melalui bahan ini, murid dapat membaca, memahami dan menaakul dengan menyatakan maksud dan memindahkan maklumat.
Bahan :




                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Hari Kanak-kanak

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan grafik ini merupakan susunan aktiviti sempena sambutan Hari Kanak-kanak di Taman Sri Rimba. Murid dapat menaakul serta menyampaikan maklumat berdasarkan teks dan grafik secara bertatasusila. Contohnya murid dapat menyatakan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dengan mengikut susunan.



Objektif 5 : Membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan, memperkaya kosa kata serta meningkatkan kelancaran bacaan.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Pantun Nasihat
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan kreatif ini merupakan pantun empat kerat yang berunsurkan nasihat. Murid boleh menambah ilmu pengetahuan dengan memperkayakan kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan serta memahami isi pantun yang dibaca.

Pakai baju warna biru 
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan Berjaya

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi



                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Seni Dan Budaya
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan kreatif ini merupakan pantun empat kerat yang bertemakan seni dan budaya. Murid boleh menambah ilmu pengetahuan dengan memperkayakan kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan serta memahami isi pantun yang dibaca.

Seri cahaya bunga melati, Mekar harumnya sepanjang masa,
Seni budaya kita hayati, Segar menjadi warisan bangsa.

Harum baunya si bunga tanjung, Banyak ditanam di hujung taman,
Budaya kita tetap disanjung, Jadi amalan sepanjang zaman.



Kemahiran Mendengar Dan Bertutur


Objektif 1 : Mendengar, memahami, menyebut frasa,ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Si Tanggang (Video).

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan video ini merupakan cerita tentang Si Tanggang. Cerita ini mengandungi pelbagai dialog antaranya yang dikesan adalah penggunaan ayat tunggal. Contohnya, guru boleh menyebut contoh ayat majmuk dan ayat tunggal berdasarkan cerita.
Ayat tunggal :
Si Tanggang tinggal bersama ibunya.






                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Hikayat Sang Kancil Dan Monyet (Video).

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan video ini merupakan cerita tentang Sang Kancil Dan Monyet. Cerita ini mengandungi pelbagai dialog antaranya yang dikesan adalah penggunaan ayat tunggal. Contohnya, guru boleh menyebut contoh ayat majmuk dan ayat tunggal berdasarkan cerita.
Bahan (Video)



Objektif 2 : Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah, jenis ayat silaan, dan ayat perintah jenis ayat larangan dengan betul.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Jenis ayat

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :

Bahan video ini memaparkan tentang jenis-jenis ayat yang digunakan berdasarkan situasi kartun yang diberikan. Video ini dapat menarik perhatian murid kerana kartun yang digunakan sangat diminati murid-murid. Video ini akan ditayangkan kemudian guru akan membaca jenis-jenis ayat tersebut dengan jelas. Murid-murid akan memberi respon melalui lisan dan gerak laku.
Bahan




Objektif 3 : Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan pelbagai soalan bercapah dan pesanan mengikut urutan yang betul.



                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Lagu pesan ibu

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan video ini merupakan sebuah lagu yang berunsurkan nasihat dan pesanan. Murid boleh memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru selepas mendengar dan memahami lagu tersebut. Murid akan menyatakan jawapan mengikut turutan yang betul.
Bahan (Video)
                              


                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Haiwan kesayanganku

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan ini merupakan gambar rajah yang menunjukkan cara-cara menjaga haiwan peliharaan seperti arnab. Murid akan memberikan respon secara lisan bagaimana menjaga haiwan kesayangan mereka dengan baik. Selain itu, mereka akan menjawab pelbagai soalan yang berkaitan tentang haiwan kesayangan mereka. Guru akan menceritakan tentang haiwan peliharaan berdasarkan gambar yang diberi.
Bahan
Gambar rajah haiwan seperti arnab. 




Objektif 4 : Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi kata panggilan bagi keluarga bukan dalam kalangan keluarga asas dan kata ganti nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Jiran Saya

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Gambar rajah yang bertajuk 'jiran saya' ini menyatakan tentang siapa jiran kita. Kemudian, terdapat contoh kata panggilan yang sesuai untuk memanggil jiran sama ada lelaki atau perempuan, serta yang muda dan tua daripada umur kita. Guru akan membaca dan bercerita tentang jiran.
Bahan




                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Tolong Menolong

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan ini sesuai dijadikan bahan pengajaran yang menggunakan kemahiran mendengar dan bertutur. Beberapa orang murid akan membaca dan berlakon di hadapan rakan sekelas berdasarkan dialog yang diberikan.
Bahan




 Objektif 5 : Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan perkara yang didengar dengan tepat menggunakan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Kisah Sang Kancil Dan Gergasi
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Kisah ini diceritakan kepada murid melalui persembahan Slide yang mempunyai suara audio. Cerita tersebut mudah difahami oleh murid tahun 2.
Bahan





                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Anjing Dan Bayang-bayang
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Kisah ini ditayangkan kepada murid untuk mendengar cerita yang disampaikan.Kemudian, murid akan bercerita tentang tajuk cerita yang disediakan.
Bahan




 Objektif 6 : Berbicara untuk mendapat dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi rangkai kata yang sesuai secara bertatasusila.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Mencegah Penyakit 

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Video ini ditayangkan kepada murid kemudian murid diminta untuk berbicara dan menyampaikan  maklumat yang terdapat di dalamnya. 
Bahan




                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Amalkan hidup sihat

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :


Video ini ditayangkan kepada murid kemudian murid diminta untuk berbicara dan menyampaikan  maklumat yang terdapat di dalamnya. 
Bahan






Objektif 7 : Berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :

Mejaga Kesihatan

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Video ini menceritakan tentang gula yang membahayakan kesihatan. Oleh itu, murid akan berbincang bersama guru tentang kesannya kepada kesihatan kita.
Bahan




                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Pantun Nasihat Pesan Ibu

Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Video ini sesuai digunakan untuk murid tahun dua kerana ia mengandungi pantun yang berunsurkan nasihat serta mempunyai nilai yang baik.
Bahan





Kemahiran Menulis

Objektif 1 : Menulis secara mekanis pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Musim Kemarau
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Berdasarkan teks tersebut, murid diminta untuk menggaris dan menyalin semula frasa dan ayat majmuk yang terdapat di dalam teks yang diberi.
Bahan (Teks)
Sekarang musim kemarau. Cuaca sangat panas. Semua kolam air menjadi kering. Ayam dan itik berasa sangat haus. Mereka berjalan ke sana ke mari mencari air. Suatu hari, ayam dan itik terserempak sebiji botol. Di dalamnya ada air. Ayam dan itik berebut-rebut. Masing-masing mahu minum air itu. Tiba-tiba, botol itu terlepas lalu terhempas ke tanah. Botol itu pun pecah. Air di dalamnya tumpah ke tanah. Ayam dan itik sungguh kecewa. Sikap tamak mereka telah menyebabkan mereka rugi.
Contoh
Ayat majmuk   : Ayam dan itik berasa sangat haus.


                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Hari Keluarga
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Berdasarkan teks yang diberi, murid diminta untuk menulis dan menyenaraikan perkataan diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung di dalam jadual yang disediakan.
Bahan (teks)
Hari ini hari keluarga. Pelbagai makanan disediakan. Tempat makan juga diatur. Emak Adam membawa semangkuk gulai. Mak Usu membawa buah tembikai dan buah rambai. Suasana hari keluarga sungguh meriah.

Saudara mara telah selesai makan. Lauk sudah tiada di atas meja. Ikan salai sudah habis dimakan. Air limau telah habis diminum. Buah rambai masih ada di dalam raga. Saudara mara Adam sangat gembira.
Contoh soalan

Diftong
Vokal berganding
Konsonan bergabung
Digraf














Objektif 2 : Menulis secara mekanis abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai
dengan betul dan kemas.

                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Latihan Menulis abjad dan perkataan
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Lembaran kerja ini sesuai untuk menilai tahap penguasaan murid menulis dengan baik sama ada huruf abjad atau perkataan. 

Bahan




                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Menulis suku kata dan perkataan
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Lembaran kerja ini sesuai untuk menilai tahap penguasaan murid menulis dengan baik sama ada huruf abjad atau perkataan. 

Bahan :






Objektif 3 : Membina dan menulis, perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Menulis perkataan yang mengandungi konsonan bergabung
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Lembaran ini sesuai diberikan kepada murid tahun dua sebagai latihan menulis perkataan yang mengandungi konsonan bergabung. Dalam masa yang sama murid dapat dilatih menulis perkataan dengan cantik dan kemas.
Lembaran :




                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Membina perkataan berdasarkan gambar
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Lembaran ini diberikan kepada murid tahun dua agar mereka dapat membina perkataan berdasarkan gambar yang diberi. Dalam masa yang sama murid dapat dilatih menulis perkataan dengan cantik dan kemas.
Bahan :




Objektif 4 : Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan soalan dan
bahan grafik dengan betul dan tulisan yang kemas.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Menulis dan menjawab soalan
                    
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan ini merupakan lembaran kerja yang membolehkan murid menjawab dengan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan soalan dan bahan grafik (rajah piramid makanan) dengan betul dan kemas.
Bahan
(Lembaran Kerja)






                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Membina ayat
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan ini merupakan lembaran kerja yang membolehkan murid menulis dan membina ayat berdasarkan perkataan yang diberi.

Bahan

 :




Objektif 5 : Menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih
suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Tubuh Badan kita
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Contoh perkataan ini dijadikan sebagai bahan untuk diimlakkan kepada murid dalam kelas. Bahan ini bertemakan tubuh badan manusia.
Contoh :
1. Muka
2. Hidung
3. Mata
4. Tangan
5. Kepala




                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Menolong Ibu
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Gambar rajah akan ditunjukkan kepada murid. Kemudian guru membaca ayat tunggal yang berkaitan gambar rajah. Murid menulis semula apa yang guru sebutkan.
Bahan :




Objektif 6 : Mencatat maklumat yang betul untuk membanding beza dan menghubung kait
maklumat daripada pelbagai sumber.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Akibat perbuatan jahat 
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan ini ditunjukkan kepada murid. Kemudian, mereka diminta untuk mencatat perkara yang baik dan buruk yang terdapat di dalam situasi gambar rajah tersebut.
Bahan :





                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Rutin Harian Saya
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Murid diminta menulis ayat tunggal yang mudah tentang rutin harian berdasarkan gambar diberi, Guru membimbing murid menulis perkataan. 
Bahan :





Objektif 7 : Menulis untuk menyampaikan maklumat yang berbentuk puisi menggunakan perkataan, diksi, frasa dan ayat serta menegaskan kesantunan berbahasa.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Lengkapkan pantun
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Bahan tersebut sesuai digunakan untuk murid tahun dua. Pantun yang tidak lengkap diberikan kepada mereka. Kemudian, lengkapkan pantun berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan.
Bahan:
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
________________________

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
_________________________


Panjang umur jumpa lagi,

Budi yang baik dikenang juga,







                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Sajak
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Murid diminta menulis semula sajak tersebut. Kemudian, murid menjawab soalan bertulis yang diberikan guru. 
Bahan :
Soalan ;
1. Apakah nama tajuk di atas?
________________________
2. Siapakah yang banggakan kita?
________________________





Objektif 8 : Menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa terkawal dengan betul.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Lengkapkan cerita
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Lembaran kerja ini sesuai diberikan kepada murid tahun dua sebagai asas penulisan berbentuk naratif atau cerita. Murid dibimbing untuk melengkapkan cerita dengan mengisi tempat kosong berdasarkan gambar yang diberi.
Bahan :





                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Lengkapkan karangan                 
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Lembaran kerja ini sesuai diberikan kepada murid tahun dua sebagai asas penulisan berbentuk naratif atau cerita. Murid dibimbing untuk melengkapkan cerita dengan mengisi tempat kosong berdasarkan bimbingan guru.
Bahan :
.




 Objektif 9 : Mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca.


                                Bahan 1

Tajuk Bahan :
Betulkan tanda baca.
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
bahan ini sesuai dengan tahap kebolehan murid kerana ia mudah dan senang untuk mengesan kesalahan tanda baca.
Bahan :
nama saya Ali. Saya belajar di sekolah kebangsaan tanjung papat saya suka pergi sekolah. saya sayang rakan saya. Saya sayang guru saya






                                Bahan 2

Tajuk Bahan :
Betulkan ejaan
                       
Kesesuaian Bahan Dengan Kemahiran :
Ayat mudah berikut sesuai diberikan kepada murid tahun dua untuk mengesan ejaan yang salah. 
Bahan :
Saya ada kuceng. kuceng saya bernama Comel. Ia suka makan ekan. Comel suka bermein bolla.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan