...ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH...

Rabu, 3 September 2014

LAMAN SAYA


...Selamat Datang Ke Blog Saya...

PISMP BAHASA MELAYU  KUMPULAN 1
SEMESTER 3



Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah...saya bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan adanya blog ini saya dapat menimba pelbagai ilmu yang baru berkaitan tentang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berasaskan komputer. Ia juga merupakan satu pengalaman baharu yang boleh dikongsi dan diteruskan untuk jangka masa yang panjang.

Sebelum meneruskan mukaddimah ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung blok ini kerana sudi melawat laman saya untuk tujuan perkongsian ilmu. Tidak dilupakan juga rakan-rakan yang banyak membantu serta pensyarah pembimbing kami Encik Mohd Firdaus Abd Salam yang cukup komited dan berpengalaman.

Blok ini diwujudkan bukan sahaja untuk berkongsi pelbagai bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang diperolehi melalui laman sesawang malah menjadi salah satu tugasan kami dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Harapan saya, melalui blok ini saya dapat menambah dan meningkatkan pemerolehan ilmu yang masih tidak seberapa ini. Oleh itu, dengan adanya blok ini saya dapat meneroka dengan lebih jauh lagi dalam menguasai bidang kemahiran komputer sekaligus dapat mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebaik yang mungkin. InsyaAllah......